Tuesday, June 12, 2012

PROGRAM RINGKAS

Jumaat / 15 Jun 2012 :  T' Shirt dan No. Plat boleh mula diambil seawal Jam 5 petang sehingga jam 12 malam di Pondok Ilmu Bike Club, Taman Ilmu (klik untuk lokasi wikimapia)

Sabtu / 16 Jun 2012 / Dewan Serbaguna, Jawi :
7.00 - 7.45 pagi --> Sila dapatkan T' Shirt dan Plat kepada yang belum...
---> Sila masukan cebisan no. bertuah kedalam bekas yang disediakan

8.00 pagi ---> PELEPASAN KAYUHAN SANTAI (funride) Sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Seluruh Dunia, Peringkat Negeri Pulau Pinang

10.30 pagi ---> dijangka semua peserta kembali ke Dewan (Jamuan Ringan disediakan)

10.30 - 11.00 pagi ---> Majlis Perasmian Karnival Jelajah Sihat dan Sambutan Hari Tanpa Tembakau oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang..

11.00 pagi ---> Cabutan Bertuah, free & easy lawatan ke booth yang ada dan bersurai..

Bagi Cabutan bertuah.. dibawah adalah yang mampu kami sediakan pada rider-rider... seadanya dari kami.. tak termasuk hamper..

klik untuk besarkan imej... mula ingat dapat biru.. kaler ni tak ramai pakai lagi.. he he he




rasanya ini post terakhir sebelum event... pendaftaran masih dibuka (hingga 14 Jun / khamis jam 5.00 petang).. cuma saiz baju tak boleh janji tambah yang xx... terima kasih atas sokongan semua..

Sunday, June 10, 2012

Event Penuh Hari Tanpa Tembakau.

Bagi penduduk Nibong Tebal, tentunya dapat dilihat banner telah mula digantung di sepanjang jalan utama bagi mempromosi Karnival Jelajah Sihat dan sambutan HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA 2012 Negeri Pulau Pinang. Bagi makluman kepada semua rider yang singgah ke blog ni.. disertakan program lengkap Hari Tanpa Tembakau... sila klik untuk download pamplet

satu pesanan dari rakan IBC yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah SPS, pada hari sambutan HARI TANPA TEMBAKAU, terdapat ramai penguatkuasa yang yang menjalankan tugas selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau jadi kami IBC tidak bertanggung-jawap jika sebarang sebarang saman dikeluarkan... selebihnya sesuai dengan kempen.. harap rider-rider semua memilih untuk tak nak merokok.. pada 16 Jun nanti... insyaAllah jumpa kat Padang Jawi.. As Salam dan hormat dari kami di Ilmu Bike Club

Friday, June 8, 2012

Akhirnya T'Shirt..

IBC baru sahaja mendapat pengesahan rekabentuk T'Shirt untuk Kayuhan Kempen.. ringkasnya di Pihak Kementerian Kesihatan program ini dikenali dengan nama Karnival Jelajah Sihat....
sila klik untuk imej lebih besar




Bagi pendaftaran lewat jangan risau.. sebab kami dah buat tempahan lebih berdasarkan pengalaman di Sg. Acheh.. lagi pun program disokong oleh www15.