Tuesday, June 12, 2012

PROGRAM RINGKAS

Jumaat / 15 Jun 2012 :  T' Shirt dan No. Plat boleh mula diambil seawal Jam 5 petang sehingga jam 12 malam di Pondok Ilmu Bike Club, Taman Ilmu (klik untuk lokasi wikimapia)

Sabtu / 16 Jun 2012 / Dewan Serbaguna, Jawi :
7.00 - 7.45 pagi --> Sila dapatkan T' Shirt dan Plat kepada yang belum...
---> Sila masukan cebisan no. bertuah kedalam bekas yang disediakan

8.00 pagi ---> PELEPASAN KAYUHAN SANTAI (funride) Sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Seluruh Dunia, Peringkat Negeri Pulau Pinang

10.30 pagi ---> dijangka semua peserta kembali ke Dewan (Jamuan Ringan disediakan)

10.30 - 11.00 pagi ---> Majlis Perasmian Karnival Jelajah Sihat dan Sambutan Hari Tanpa Tembakau oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang..

11.00 pagi ---> Cabutan Bertuah, free & easy lawatan ke booth yang ada dan bersurai..

Bagi Cabutan bertuah.. dibawah adalah yang mampu kami sediakan pada rider-rider... seadanya dari kami.. tak termasuk hamper..

klik untuk besarkan imej... mula ingat dapat biru.. kaler ni tak ramai pakai lagi.. he he he




rasanya ini post terakhir sebelum event... pendaftaran masih dibuka (hingga 14 Jun / khamis jam 5.00 petang).. cuma saiz baju tak boleh janji tambah yang xx... terima kasih atas sokongan semua..

Sunday, June 10, 2012

Event Penuh Hari Tanpa Tembakau.

Bagi penduduk Nibong Tebal, tentunya dapat dilihat banner telah mula digantung di sepanjang jalan utama bagi mempromosi Karnival Jelajah Sihat dan sambutan HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA 2012 Negeri Pulau Pinang. Bagi makluman kepada semua rider yang singgah ke blog ni.. disertakan program lengkap Hari Tanpa Tembakau... sila klik untuk download pamplet

satu pesanan dari rakan IBC yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah SPS, pada hari sambutan HARI TANPA TEMBAKAU, terdapat ramai penguatkuasa yang yang menjalankan tugas selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau jadi kami IBC tidak bertanggung-jawap jika sebarang sebarang saman dikeluarkan... selebihnya sesuai dengan kempen.. harap rider-rider semua memilih untuk tak nak merokok.. pada 16 Jun nanti... insyaAllah jumpa kat Padang Jawi.. As Salam dan hormat dari kami di Ilmu Bike Club

Friday, June 8, 2012

Akhirnya T'Shirt..

IBC baru sahaja mendapat pengesahan rekabentuk T'Shirt untuk Kayuhan Kempen.. ringkasnya di Pihak Kementerian Kesihatan program ini dikenali dengan nama Karnival Jelajah Sihat....
sila klik untuk imej lebih besar




Bagi pendaftaran lewat jangan risau.. sebab kami dah buat tempahan lebih berdasarkan pengalaman di Sg. Acheh.. lagi pun program disokong oleh www15.

Wednesday, May 30, 2012

CABUTAN NO. BERTUAH

Pada 28 Mei 2012 jam 10.00 malam bertempat di Port IBC, diadakan Mesyuarat Penyelarasan dengan wakil Unit Pendidikan, Jabatan Kesihatan Negeri.. Antara lain suka dimaklumkan IBC telah mendapat sumbangan hadiah cabutan bertuah (kira hadiah utama)berupa frame GIANT ATX tidak termasuk barangan / aksesori MTB yang kecil-kecil.. diharapkan ini sedikit sebanyak memberi lebih sebab untuk turut serta dalam kayuhan santai tanpa tembakau.
bagi tujuan pengenalan dan mendapatkan no bertuah, kami di IBC akan mengunakan plat. Lebih kurang rupa plat adalah seperti di bawah...




Peserta di pohon untuk memotong bahagian no. atas kiri dan masukan kedalam bekas yang disediakan pada pagi hari kayuhan.. ini bagi memastikan hanya mereka yang hadir di tarik atau diambil nombor mereka.. Mesyuarat juga bersetuju dengan amalan biasa... dimana peserta perlu membuat kayuhan minima sehingga CP 1 bagi melayakan mendapatkan hadiah cabutan.. takat ni dulu..

Tuesday, May 8, 2012

PENGENALAN...



Hari Dunia Tanpa Tembakau disambut oleh seluruh dunia pada 31 Mei. Negara-negara -ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mencipta Hari Dunia Tanpa Tembakau pada tahun 1987. Ini menarik perhatian sedunia pada wabak tembakau dan kematian serta penyakit daripadanya yang boleh dielakkan. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan kematian setahun sebanyak 3.5 juta setahun daripada masalah kesihatan yang berkaitan dengan tembakau. ~dipetik dari wikipedia~

Kami di Ilmu Bike Club (IBC) sekali lagi menyokong usaha ini, memandangkan sesetengah kakitangan Kementerian Kesihatan juga tinggal di Taman Ilmu..... Bagi tahun 2012 Kempen Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Pulau Pinang akan diadakan di Dewan Serbaguna, Jawi pada 16 Jun 2012. Pastinya pelbagai aktiviti dan program telah dirangka oleh Jabatan Kesihatan Negeri... dalam usaha mempromosi cara hidup sihat, IBC diharapkan membantu dalam mengadakan funride.. secara tak langsung menjadi 'crowd' pada program Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Laluan sejauh lebih kurang 40km (100% on road) sedang dirangka dari Dewan ke Kg. Wellesly ke Sg. Kecil melalui Penjara dan Jawi Golf sebelum kembali ke Dewan Jawi.. [update] sila klik untuk laluan

Sekali lagi kami di IBC, memohon sokongan dan penyertaan semua rider-rider terutama dari Daerah SPS, Sekitar Parit Buntar dan Bandar Baharu untuk menjayakan funride ini sebagai salah satu usaha Kempen Tanpa Tembakau. sekian dan hormat