Tuesday, May 8, 2012

PENGENALAN...



Hari Dunia Tanpa Tembakau disambut oleh seluruh dunia pada 31 Mei. Negara-negara -ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mencipta Hari Dunia Tanpa Tembakau pada tahun 1987. Ini menarik perhatian sedunia pada wabak tembakau dan kematian serta penyakit daripadanya yang boleh dielakkan. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan kematian setahun sebanyak 3.5 juta setahun daripada masalah kesihatan yang berkaitan dengan tembakau. ~dipetik dari wikipedia~

Kami di Ilmu Bike Club (IBC) sekali lagi menyokong usaha ini, memandangkan sesetengah kakitangan Kementerian Kesihatan juga tinggal di Taman Ilmu..... Bagi tahun 2012 Kempen Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Pulau Pinang akan diadakan di Dewan Serbaguna, Jawi pada 16 Jun 2012. Pastinya pelbagai aktiviti dan program telah dirangka oleh Jabatan Kesihatan Negeri... dalam usaha mempromosi cara hidup sihat, IBC diharapkan membantu dalam mengadakan funride.. secara tak langsung menjadi 'crowd' pada program Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Laluan sejauh lebih kurang 40km (100% on road) sedang dirangka dari Dewan ke Kg. Wellesly ke Sg. Kecil melalui Penjara dan Jawi Golf sebelum kembali ke Dewan Jawi.. [update] sila klik untuk laluan

Sekali lagi kami di IBC, memohon sokongan dan penyertaan semua rider-rider terutama dari Daerah SPS, Sekitar Parit Buntar dan Bandar Baharu untuk menjayakan funride ini sebagai salah satu usaha Kempen Tanpa Tembakau. sekian dan hormat

1 comment: